Peringkat Sihir Biasa

Peringkat Sihir Biasa atau P.S.B. yang merupakan sebuah peperiksaan awam yang akan diambil oleh setiap pelajar sihir tahun kelima di Sekolah Sihir Hogwarts. Ia merupakan terjemahan kepada O.W.L. iaitu Ordinary Wizarding Level. Para pelajar akan mengambil ujian bertulis dan amali bagi setiap mata pelajaran (kecuali subjek Sejarah Sihir yang hanya mempunyai kertas bertulis). Pemeriksa luar iaitu Pihak Berkuasa Peperiksaan Sihir akan dipanggil untuk menilai pencapaian pelajar dalam ujian amali. Ujian bertulis di adakan di Dewan Besar dan ujian amali diadakan di tempat-tempat tertentu bergantung kepada subjek itu sendiri. Barang-barang yang di larang di dalam peperiksaan ialah:Peperiksaan ini boleh dibandingkan dengan peperiksaan Muggle iaitu S.P.M. di Malaysia yang mewajibkan semua pelajar mendudukinya. Walau bagaimanapun, P.S.B. menekankan pendidikan selama 5 tahun manakala S.P.M. walaupun diambil pada tahun kelima dalam sistem sekolah menengah, peperiksaan itu mengambil kira pendidikan selama 2 tahun sahaja.